Friday, 27 November 2015

Pixton dan Kreativiti Pelajar Kami

色 兰
Sè lán


Salam sejahtera.

Kali ini kami ingin memaparkan antara hasil karya kreatif terbaik pelajar kami yang dilaksanakan sebagai salah satu tugasan yang akan dinilai pada semester ini. Hasil karya mereka ini menggunakan perisian aplikasi dari Pixton yang memuatkan pelbagai jenis peralatan kreatif untuk menghasilkan karya komik yang menarik. Tarikh akhir mereka menghantar tugasan ini adalah pada 1 Disember 2015.


Jadi, mari kita sama-sama sabar menunggu ya? ^^
(akan dimuatkan dengan karya)

Nombor dalam Mandarin 数字

色 兰
Sè lán

Salam sejahtera.

NOMBOR DALAM MANDARIN

Nombor merupakan salah satu elemen asas dalam pembelajaran subjek Mandarin kerana ia menjadi komponen penting untuk menyatakan waktu,tarikh,hari dan nilai harga.Rajah (1) di bawah menunjukkan contoh sebutan bilangan nombor 1 hingga 10 beserta simbolnya.

Rajah 1

Rajah (2) menunjukkan cara menulis karakter bagi nombor 1 hingga 10.

Rajah 2
Para pembaca dicadangkan untuk memuat turun Rajah 2 dan menjadikan ia sebagai latihan. Selamat mencuba! 

Nota kaki: Jika ada sebarang pertanyaan, atau cadangan, anda boleh meletakkan komen di bawah atau tuliskan di ruang Padlet yang kami sediakan di sebelah kanan blog ini :)

Hasil Karya Pelajar Kami 我们的学生

色兰
Sè lán

Salam sejahtera.

              Dalam entri kami kali ini, kami ingin perkenalkan hasil-hasil pelajar yang sedang dan telah mengikuti pembelajaran subjek bahasa Mandarin di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM) dan Kolej Profesional Mara Seri Iskandar (KPMSI). Tujuan kami di sini ialah untuk memperkenalkan bagaimana keadaan pelajar-pelajar bumiputera yang berusaha mempelajari bahasa ini dan sebagai penghargaan terhadap hasil karya mereka. Kami sebagai tenaga pengajar berasa sangat berbesar hati melihat peningkatan mereka dalam bidang bahasa ini dan mendoakan kejayaan mereka. 你们真棒!^^






你好 nǐ hǎo Hello!

色兰
Sè lán

Salam sejahtera




你好! 
nǐ hǎo – hai/hello

                Frasa nǐ hǎo yang bermaksud hai atau "hello" digunakan sebagai kata sapaan untuk menyapa seseorang di awal perbualan. Sekiranya seseorang menyapa anda dengan nǐ hǎo, anda juga hendaklah membalasnya dengan nǐ hǎo.

Selamat belajar!

Thursday, 26 November 2015

Pengenalan

色 兰
Sè lán
Salam sejahtera.


"Tak kenal maka tak cinta"

              Blog ini diasaskan oleh pensyarah Mandarin lepasan Beijing Foreign Studies University yang menjadi tenaga pengajar di Kolej Profesional Mara (KPM). Pengalaman lima tahun menuntut di Beijing telah mendorong mereka untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan bahasa, adat dan kebudayaan masyarakat Cina.

              Selain itu,blog ini juga diwujudkan bertujuan untuk menyiarkan karya para pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin di KPM sebagai penghargaan dan galakan untuk mereka lebih gigih berkarya serta dapat menjadi rujukan kepada umum.

              Blog ini ditulis dalam bahasa Melayu memandangkan ia adalah bahasa perantaraan yang mudah difahami oleh semua kaum di Malaysia. Blog ini juga mensasarkan kelompok pembaca yang terdiri dari kalangan pelajar dan segenap lapisan masyarakat Malaysia yang berminat untuk mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Cina.

             Pihak kami berharap agar medium ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar kami, dan juga pembaca di luar untuk sama-sama mempelajari bahasa mandarin ini, dan kami juga mengharapkan supaya usaha ini dapat membina ruang komunikasi dan interaksi yang lebih mesra dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Terima kasih.